KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih dalam proses menyediakan Belanjawan 2023, yang dijadual akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini.
"Saya nak balik ke pejabat (sekarang), saya sedang mengusahakannya (belanjawan),” katanya Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan secara ringkas kepada pemberita, semasa ditanya mengenai persiapan menjelang pembentangan belanjawan.