Dr Zaliha akan tangani isu libatkan KKM

Iklan
Dr Zaliha - Foto Bernama

SHAH ALAM – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustapha akan berusaha menangani isu-isu yang melihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perkara tersebut dimaklumkan beliau setelah mendapat pandangan, maklum balas yang diberikan sepanjang sesi townhall yang diadakan pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Seramai kira-kira 350 orang doktor yang terdiri daripada pegawai perubatan kerajaan menghadiri sesi townhall yang diadakan di KKM, Putrajaya.

"Sesi townhall yang dianjurkan bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) ini bertujuan bagi mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan daripada anggota perubatan berhubung pelbagai perkara,” katanya.

Iklan

Dr Zaliha turut mengucapkan terima kasih kepada para pengawai perubatan yang hadir dan memberi komitmen.

Jelas KKM, tiada doktor yang akan dikenakan tindakan tatatertib kerana mengadiri sesi tersebut.

Iklan