KUALA LUMPUR - Isu mengenai rasional kemasukan pakar perumahan Singapura ke Malaysia sedangkan negara mempunyai pakar perancangan bandar tempatan yang boleh dimanfaatkan, antara yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu akan dikemukakan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.