Pada 13 Februari lalu, realme Malaysia melancarkan realme 10 selepas lebih 3 minggu mereka melancarkan dua lagi siri iaitu realme 10 Pro dan realme 10 Pro+. Peranti berteknologi tinggi ini dijual pada harga bawah RM1,000 dan dikategorikan sebagai peranti kelas pertengahan.
Dengan tawaran harga RM999 untuk pra pesanan, realme 10 mendapat sambutan menakjubkan menjadi telefon pintar nombor satu terlaris jualannya.
realme 10 mempunyai skrin AMOLED Full HD 6.4-inci yang dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Paparannya ini juga mempunyai kadar penyegaran semula 90Hz dan kadar nisbah kontras 4,000,000:1.
Ia menggunakan pemprosesan MediaTek Helio G99 yang dipadankan RAM 8GB yang boleh diperluaskan secara maya menerusi ciri Dynamic Ram Expansion (DRE). Ia adalah prestasi yang menakjubkan bagi sebuah peranti yang berharga bawah RM1,000. Malah anda juga dapat menikmati permainan video dan juga filem dengan lebih menarik.
Aspirasi dan nilai tambah dalam setiap jenama dan Siri realme
Siri peranti pintar realme sudah mencapai 50 juta penghantaran ke seluruh dunia pada tahun 2022 dan rekod itu wujud kerana jenama realme sentiasa konsisten berpegang kepada falsafahnya dalam rangkaian telefon pintar sepanjang tahun.
realme masuk kampus dengan Walk into University
realme memiliki visi untuk memperkasakan belia dan memberikan inspirasi kepada mereka supaya berani membuat perubahan selari dengan slogan"Dare To Leap" realme. Oleh itu, tahun ini realme menggerakkan kempen Walk into University bagi memberi sokongan dan peluang kepada belia hari ini untuk menunjukkan bakat mereka. Terdapat tiga pelan utama yang akan digunakan oleh realme pada projek realme berkenaan.
Pertama; Biasiswa SEGi realme di mana realme berjanji untuk memberikan sokongan kepada pelajar SEGi melalui pemberian biasiswa supaya mereka bersama-sama menyokong aspirasi realme ‘Dare To Leap’. realme akan menaja sejumlah RM150,000.00 untuk program biasiswa sebagai ganjaran kepada bakat belia tersebut. Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang relevan dengan industri bagi memenuhi tuntutan profesion.
realme amat mengalu-alukan dan berkongsi kegembiraan bersama pelajar yang memiliki bakat besar tidak kira dalam bentuk sesi latihan mahupun tawaran jawatan sepenuh masa. Justeru itu, bagi merealisasikan segera impian itu, realme merancang untuk menjalankan pengambilan universiti pada Mei dan Jun.
Dan yang terakhir ialah Tawaran Khas Pelajar Universiti realme. Dalam generasi yang bergerak pantas ini, produk 3C mungkin banyak membantu pelajar mengikuti pembelajaran dengan cara yang lebih cekap.
Oleh itu, untuk menunjukkan sokongan kepada belia, realme memutuskan untuk menyediakan promosi istimewa dan pelan ansuran 0 peratus faedah untuk pelajar universiti memiliki produk realme yang ideal untuk mereka. Selepas melaksanakan tiga rancangan utama untuk Projek Walk In University, realme percaya bahawa mereka akhirnya telah membawa kepada inovasi dan kemajuan dalam dunia moden hari ini.