CRISTIANO Ronaldo mengakui satu pengalaman istimewa untuk bersama-sama menyambut Hari Penubuhan Arab Saudi yang berlangsung di negara itu pada Rabu.
"Selamat Hari Penubuhan Arab Saudi. Ia merupakan pengalaman istimewa untuk menyertai sambutan di @AlNassrFC!," tulisnya di laman Twitter miliknya.
Iklan
Iklan
Ronaldo dilihat gembira meraikan hari tersebut bersama rakan-rakan sepasukan Al-Nassr dengan memakai pakaian tradisi negara itu.
Hari tersebut diraikan sempena tarikh 22 Februari Imam Muhammad bin Saud membantu menemui Arab Saudi pada tahun 1727.
Tahun lalu, Raja Salman Abdulaziz al-Saud mengumumkan hari tersebut sebagai cuti kebangsaan dalam titah diraja.