Empat nyaris rentung, Axia terbakar di Jambatan Pulau Pinang

Iklan
Sebuah Perodua Axia hangus 100 peratus selepas terlibat kemalangan jalan raya di Jambatan Pulau Pinang.

GEORGETOWN - Empat individu terselamat apabila kereta Perodua Axia dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 3, Jambatan Pulau Pinang di sini kira-kira jam 1 pagi, Khamis.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, PBK II Syamzul Razman Abdul Rahman berkata, kemalangan berlaku berdekatan kawasan perindustrian Perai iaitu dari arah Perai menuju ke kawasan pulau.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian 21 minit kemudian.

"Ketika tiba di lokasi, kita mendapati sebuah kereta jenis Perodua Axia hangus 100 peratus selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Mercedes Benz. Terdapat empat individu iaitu seorang lelaki dan tiga wanita yang menaiki kenderaan tersebut.

Iklan

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai ketika memadamkan kebakaran. - Foto PGO Pulau Pinang


Tambah beliau, kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.39 pagi.

"Kerja-kerja 'overhaul' dijalankan dan operasi selesai pada jam 2.20 pagi.

Iklan

"Mangsa yang berjaya diselamatkan dibawa ke Hospital Seberang Jaya dengan menggunakan ambulans," katanya.