CelcomDigi lancar Minggu Teknologi Perniagaan

Iklan
Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan CelcomDigi, Afizulazha Abdullah (tengah) bersama rakan teknologi pada Minggu Teknologi Perniagaan 2023 yang diadakan di Johor.

CELCOMDIGI melancarkan siri Minggu Teknologi Perniagaan di Johor pada 21 hingga 22 Februari lepas.

CelcomDigi dalam satu kenyataan berkata, Minggu Teknologi Perniagaan menawarkan pelbagai perniagaan daripada semua segmen seperti korporat, sektor awam dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), peluang untuk menemui dan mengenal pasti teknologi serta penyelesaian digital yang betul untuk organisasi mereka.

Iklan
Iklan

"Pemilik perniagaan yang hadir pada program itu memperoleh pandangan dan pengalaman daripada pelbagai kes penggunaan yang dipamerkan daripada rakan kongsi CelcomDigi meliputi teknologi dan inovasi seperti 5G, Cloud, IoT, Cybersecurity dan penyelesaian sambungan tetap serta pengalaman Metaverse,” jelas kenyataan itu.

Pameran itu juga melibatkan syarikat peneraju industri seperti Bridgenet, Infront Consulting, Garuda Robotics, Huawei, Cisco Meraki dan Samsung.

Iklan
Iklan

CelcomDigi berkata, siri pameran Minggu Teknologi Perniagaan seterusnya akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 16 hingga 17 Mac 2023.