Kuota haji Malaysia kekal 30,200 orang

Iklan
Mujahid

SEPANG – Kuota haji untuk jemaah Malaysia kekal 30,200 orang bagi tahun 2019, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof.

Beliau berkata kerajaan masih berunding dengan kerajaan Arab Saudi untuk menambah jumlah kuota selaras dengan pertumbuhan penduduk yang kini kira-kira 31 juta orang.

Iklan
Iklan

Berdasarkan maklumat Tabung Haji, katanya kuota sebanyak 30,200 jemaah haji Malaysia telah diperoleh sejak dua tahun lepas.

Menurutnya, jumlah kuota tersebut ditentukan berdasarkan 0.1 peratus jumlah penduduk sesebuah negara mengikut ketetapan yang diletakkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sejak 10 tahun lalu.

Iklan

"Sekiranya jumlah pertambahan penduduk Malaysia itu diambil kira, kita sepatutnya dapat kuota 31,200 jemaah," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sini hari ini, sekembalinya dari Jeddah selepas menghadiri Mesyuarat Tahunan Menteri-Menteri Haji.

Mujahid juga memaklumkan kos menunaikan haji kekal seperti sebelum ini iaitu RM9,980.

Iklan

Beliau berkata kelancaran Program Pra Pelepasan Haji yang dilaksanakan di Malaysia tahun ini akan diambil kira Arab Saudi untuk meneruskan inisiatif itu pada musim haji 2019.- Bernama