MANCHESTER City mungkin menggunakan taktikal 'lebih gila' pada aksi kedua menentang RB Leipzig setelah mereka terikat 1-1 pada aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.
Jurulatihnya, Pep Guardiola dalam nada berseloroh menyebut City akan menyenaraikan sembilan penyerang untuk menyingkirkan Leipzig dalam aksi timbal balik di laman sendiri bulan depan.
City terlebih dahulu di depan menerusi Riyad Mahrez pada babak pertama, namun Josko Gvardiol menyamakan kedudukan pada minit ke-70.
"Saya tidak mahu datang ke sini dan tewas 4-3. Ia perlu lebih terbuka di Manchester,” katanya.
Guardiola berpengalaman selama tiga tahun di Jerman ketika memacu Bayern Munich menjulang gelaran Bundesliga.
"City tidak mampu bersaing dengan kepantasan pasukan Jerman.
"Kami tidak cukup lengkap untuk bersaing dengan mereka yang mempunyai banyak pilihan. Mereka lebih baik dan pantas daripada kami, kecuali Kyle (Walker) dan Erling (Haaland).
"Mereka mempunyai kepantasan tetapi kami tidak,” katanya.
Justeru Guardiola secara bergurau menyatakan bahawa dia akan menjadi 'lebih gila' pada perlawanan kedua apabila mungkin bermain dengan sembilan penyerang.
"Saya pernah melatih di negara ini. Saya menganalisis Leipzig dan ia memerlukan kawalan sebegini,” katanya.