Singapura kutuk tindakan keganasan di Sri Lanka

Iklan
Ambulans tiba di lokasi kejadian letupan di sebuah gereja di Kochchikade, Colombo.

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengutuk tindakan keganasan yang tidak berperikemanusiaan di Sri Lanka yang mengorbankan lebih 160 orang termasuk warga asing.

"Saya menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada mangsa dan keluarga mereka," menurut catatan dalam laman Facebook beliau.

Iklan
Iklan

Beberapa kejadian letupan menggegarkan beberapa lokasi iaitu Kochikade Church, Katuwapitiya Church, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa, Colombo pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

"Kami berdiri teguh bersama Sri Lanka dalam usaha untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan. Ingatan dan doa kami sentiasa bersama rakyat Sri Lanka. Semoga mereka memperoleh kekuatan dan perpaduan bagi menangani kesukaran ini secara bersama," menurut cacatan Lee.

Iklan

Menurut laporan berita, Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai"tindakan pengecut" ketika kerajaan segera mengenakan perintah berkurung untuk tempoh tidak ditetapkan di seluruh negara yang mempunyai 21 juta penduduk itu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata setakat ini tidak ada laporan mengenai rakyat Singapura yang maut dalam insiden tersebut. -Bernama

Iklan