Program DE Rantau

Iklan
Antara kemudahan DE Rantau@Kuala Lumpur yang disediakan di Komune Living, Bangsar.

Program DE Rantau diperkenalkan bagi menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital pilihan dalam meningkatkan penggunaan digital selain menggalakkan mobiliti profesional digital dan pelancongan di seluruh negara.

Ia juga merupakan salah satu inisiatif strategik nasional yang diperkenalkan di bawah Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN) yang dirangka bagi mewujudkan limpahan ekonomi yang lebih luas melalui akses yang saksama kepada peranti digital, pengetahuan dan peluang penjanaan pendapatan kepada rakyat serta ekonomi digital negara.

Sejak dilancarkan pada September 2022, MDEC telah memperkenalkan dua lokasi di bawah DE Rantau iaitu di Pulau Pinang dan Langkawi. Sehubungan dengan itu, MDEC amat teruja untuk menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai lokasi ketiga DE Rantau.