Tiga lelaki ditahan, 3,000 pil kuda dirampas

Iklan
Gambar hiasan.

BACHOK - Polis merampas 3,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM45,250 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gertak Datuk Gunong di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, dalam serbuan pada jam 1.30 petang itu, tiga lelaki berusia 18 hingga 31 tahun turut ditahan.

Iklan
Iklan

"Serbuan dilakukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) itu menemukan 3,000 biji pil kuda dalam sebuah bungkusan.

"Ujian saringan awal urin terhadap dua daripada tiga suspek didapati positif dadah jenis morfin," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Iklan
Mohamad Ismail memberitahu, kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula Khamis.

"Polis turut menyita wang tunai dan dua buah kenderaan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM55,000.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati," katanya.

Iklan