KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara hingga Rabu ini.
MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan jam 2 petang tadi memaklumkan, Amaran Kategori Ketiga melibatkan kejadian angin kencang melebihi 60 kilometer sejam (kmj), dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter (m), dikeluarkan di kawasan perairan timur laut Condore dan barat laut Reef North.
Iklan
Iklan
Selain itu, Amaran Kategori Kedua melibatkan fenomena angin kencang berkelajuan 50 hingga 60kmj dengan ombak hingga 4.5 meter, dikeluarkan di perairan Condore, timur laut dan barat daya Reef North.
Bagi Amaran Kategori Pertama, angin kencang berkelajuan 40 hingga 50kmj dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan hingga Rabu ini.
"Kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, tenggara Reef North, utara Reef South, Layang-Layang, Labuan dan Palawan juga dijangka berlaku angin kencang Kategori Pertama," menurut kenyataan itu. - Bernama
Artikel Berkaitan