Rumah terapung kontroversi kena tunda

Iklan
Rumah terapung tersebut telah ditunda ke tepi pantai.

BANGKOK - THAILAND. Tentera Laut Diraja Thailand akan mula memindahkan rumah terapung yang dibina pelabur mata wang kripto, bitcoin warga Amerika Syarikat (AS) di pantai Thailand yang didakwa mengancam kemerdekaan negara itu.

Chad Elwartowski dan teman wanitanya, Supranee Thepdet dikenali sebagai Bitcoin Girl Thailand didakwa tidak memohon kebenaran untuk membina rumah tersebut yang berada pada jarak kira-kira 22 kilometer dari pantai Phuket.

Iklan
Iklan

Tentera laut dalam satu kenyataan memaklumkan kapal peronda telah dihantar, kelmarin untuk merampas struktur itu dan ditunda ke tepi pantai sebagai bahan bukti."Pemilik rumah itu boleh tampil untuk membuktikan diri mereka dalam proses undang-undang,” kata jurucakapnya, Kapten Puchong Rodnikorn.

Keseluruhan struktur terapung itu berukuran 2 meter panjang dan platformnya dipacak di dasar laut.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Elwartowski pernah memberitahu dia berjaya menarik 20 pelabur yang berminat dengan konsep rumah terapung itu yang menelan kos kira-kira AS$150,000 (RM620,000) dan akan dibina sekitar kediaman mereka. - Agensi