TFC mahu beri aksi cemerlang walaupun tanpa tiga tonggak

Iklan
Steinbruckner - Foto Facebook Terengganu FC

TERENGGANU FC (TFC) berazam mahu memberikan aksi terbaik walaupun terpaksa turun tanpa tiga pemain utama menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang aksi Sumbangsih 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat.

Ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner berkata, pihaknya tetap optimis untuk mencapai kemenangan meskipun Habib Haroon, Faiz Nasir dan Liridon Krasniqi tidak dapat bermain kerana faktor kecederaan serta berstatus pemain pinjaman.

Iklan
Iklan

"Mereka adalah pemain penting tapi tidak dapat beraksi. Namun kita sudah melakukan persiapan rapi dengan menurunkan pemain-pemain bagus yang lain dalam aksi perlawanan bersama JDT malam esok.

"Kita bukan hanya sekadar fokus untuk bertahan sahaja sebaliknya turut menyerang pasukan lawan. Kita sedar JDT merupakan pasukan yang kuat dan kita akan memberikan aksi terbaik nanti," katanya di sini pada Khamis.

Iklan

Sementara itu, kapten TFC, Shahrul Nizam Roshasni pula berharap skuad Penyu dapat mengulangi kejayaan manis pasukan itu menewaskan JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada tahun 2021.

Dia yang turut melahirkan penghargaan dan kesyukuran dengan pelantikan sebagai kapten pasukan pada musim ini berkata, TFC sudah bersedia berdepan dengan skuad Harimau Selatan walaupun separuh daripada pemainnya adalah orang baharu.

Iklan

"Kita tahu, JDT ada pemain berkualiti dan bagus iaitu Bergson (Da Silva), Diogo (Luis Santo) namun ini bukan halangan dan kami akan bermain dengan aksi terbaik,” katanya.