Belanjawan 2023: Peniaga mahu kerajaan beri bantuan tunai

Iklan
Dari kiri: Salamiah, Roselyza,Suzana dan Baderom

PORT DICKSON - Kebanyakan peniaga di pantai Telok Kemang di sini mengharapkan Belanjawan 2023 ini akan memberikan lebih banyak geran khas dalam bentuk wang tunai kepada golongan berkenaan bagi meneruskan kelangsungan perniagaan masing-masing.

Peniaga pakaian dan cenderahati, Suzana Jantan, 57 berkata, ia memandangkan kebanyakan peniaga mengalami kerugian besar malah ada yang gulung tikar disebabkan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Saya ini ibu tunggal dan mengakui sangat terkesan. Simpanan pula memang tak adalah banyak mana, kalau diberi geran pinjaman agak sukar untuk saya membuat pembayaran semula sebab kesan daripada wabak.

"Kalau tengok perniagaan ketika ini agak suram, orang pun tidak ramai membeli walaupun musim cuti sekolah. Tak ramai yang datang bercuti di sini berbanding sebelum Covid-19," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Luahan itu senada dengan pengusaha kereta sewa mainan, Roselyza Roszat, 31.

Katanya, memerlukan bantuan kewangan kerana suasana perniagaan tidak seperti tiga tahun sebelum ini kerana untuk membuat pinjaman adalah tidak mudah.

Iklan

"Saya boleh katakan agak sukar untuk bangkit semula selepas pandemik dan memerlukan suntikan kewangan sekurang-kurangnya dalam bentuk wang tunai," katanya.

Peniaga sate, Salamiah Mohamed, 45 pula berkata, lokasi perniagaannya sudah strategik namun mengakui pelanggan agak kurang.

"Kita berharap perkara ini tidak berlarutan sebab mungkin disebabkan pelbagai kenaikan harga barang mendorong kuasa beli itu berkurangan. Kerajaan diharap juga mengambil tindakan berhubung kos sara hidup," katanya.

Sementara itu, pengusaha bot pisang (Banana Boat), Baderom Zaman Abu, 44 berkata, berharap kerajaan mengambil perhatian terhadap pengusaha sepertinya dengan menimbangkan pemberian subsidi minyak.

"Kalau sebelum ini nelayan ada dapat kemudahan itu, bolehlah juga kerajaan mengambil perhatian terhadap pengusaha macam kami ini, tambahan pula pendapatan kami tidak seperti sebelum ini," katanya.