PM sembah maklum kepada Agong Belanjawan 2023

Iklan
Anwar ketika menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pembentangan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok. Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pembentangan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata, perkara itu disembah maklum ketika beliau menghadap Al-Sultan Abdullah bagi urusan mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara pada Khamis.

Iklan
Iklan

Esok, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri pada 20 Disember lepas membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Jan lepas bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

Iklan

Sebelum ini, Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Oktober tahun lepas bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan. - Bernama

Iklan