Nelayan bawa 20 liter petrol, dalam perjalanan ke jeti

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis.

MANJUNG - Nelayan yang maut dalam kemalangan dua motosikal di Batu 17 Pantai Remis pada pagi Khamis dipercayai dalam perjalanan ke jeti dengan membawa bersama bahan api bagi kegunaan enjin bot.

Semasa kejadian sekitar jam 7 pagi itu, Ramli Abdul Hamid, 60, menunggang motosikal jenis Yamaha membawa tong berisi minyak petrol.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang dalam perjalanan dari arah Pantai Remis menghala ke Panchor telah membelok ke simpang kiri.

Menurutnya, dalam masa sama, sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 39 tahun dari arah bertentangan tidak sempat mengelak mengakibatkan pelanggaran berlaku.

Iklan

"Akibat pelanggaran ini, kedua-dua motosikal bersama penunggang terbakar.

"Seorang daripada mereka rentung dan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah akibat terbakar," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati, penunggang motosikal Yamaha ada membawa tong berisi 20 liter minyak petrol.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Muhammad Asyraf Henry Philip di talian 016-5572540.