BEIJING - CHINA. Gara-gara terlupa membeli ayam goreng, seorang wanita di Anhui, China tergamak membunuh suaminya.
Menurut ibu mangsa, anak lelakinya yang dikenali sebagai Wu pulang ke rumah dengan tangan kosong hingga menyebabkan berlaku pertengkaran bersama isterinya.
Iklan
Iklan
Jelas wanita itu, dia sedang mandi dan tidak menyedari tentang pergaduhan itu sehingga terdengar jeritan cucunya.
Dia kemudiannya terkejut selepas melihat anak lelakinya terbaring dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam isterinya dikenali sebagai Luo dengan menggunakan pisau pemotong buah.
Menurut jiran mereka, pasangan itu sering bertengkar sejak akhir-akhir ini dan ia didakwa berpunca daripada rasa tidak puas hati Luo kerana terpaksa menjaga ibu mertuanya. - Agensi