Gara-gara ragam si kecil di restoran

Iklan
Gambar hiasan 123RF.

AL-KISAH kali ini Merak Jalanan terpanggil untuk berkongsi pendapat mengenai ragam ibu bapa dan anak-anak kecil di kedai makan.

Minggu ini banyak komen negatif dan positif dipaparkan susulan seorang pempengaruh dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak berkongsi pandangannya mengenai reaksi orang ramai terhadap ragam budak kecil yang membuat bising di kedai makan.

Iklan
Iklan

Katanya, kalau tak boleh tengok budak bising, meragam dan panjat sana sini di kedai makan, jangan makan di situ. Tegasnya, bungkus dan bawa balik!

Itu katanya selepas habis menjamu selera di restoran apabila menerima pandangan tajam daripada sekelompok pelanggan di restoran sama. Ia dipercayai kerana tingkah laku anak-anaknya yang agak bising dan mengganggu ketenteraman pelanggan lain.

Iklan

Ramai netizen yang mengulas video tular si pempengaruh itu. Mereka berpendapat lumrah sifat anak kecil yang suka meragam dan lasak walaupun di tempat awam.

Ada pula mengatakan si ibu terlalu ikutkan kerenah anak dengan ‘membawa perangai’ dari rumah ke khalayak ramai.

Iklan

Jadi, si ibu kenalah pandai mengajar anak agar dapat menyesuaikan diri dengan suasana. Ada juga memberi idea agar anak kecil itu perlu dididik dengan kaedah reward jika berkelakuan baik di tempat awam.

Merak Jalanan paling tertarik dengan komen seorang ayah yang mempunyai anak kecil. Katanya, kalau rasa membebankan dan ingin menjamu selera dengan aman, lebih baik makan di rumah.

Boleh pesan makanan melalui Grab atau Foodpanda. Tak perlu lagi berdepan ‘mata-mata tajam’ jika makan di luar.

Tetapi Merak Jalanan rasa, tidak semua orang boleh menerima pandangan sebegitu kerana masing-masing ada prinsip tersendiri.

Si ibu mungkin kepenatan dengan keletah anak-anaknya, ditambah pula dengan mata-mata tajam itu, memang naik anginlah dia!