'Nak berniaga kena ada ilmu' - Tya

Iklan
Tya Ariffin menerima Anugerah Usahawan Muda 2023 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Mana-mana individu yang berhasrat untuk memulakan perniagaan dinasihatkan untuk menimba ilmu pengetahuan dan tidak melepaskan mana-mana peluang yang ada di depan mata.

Pengarah Eksekutif A Klasse Essentials Sdn Bhd, Tya Arifin berpandangan, anak muda khususnya yang baru mula berniaga digalakkan untuk berguru dengan mentor yang tepat dan arif untuk mengajar selok belok dunia perniagaan.

Iklan
Iklan

"Nak berniaga kena ada ilmu. Sekarang kita tengok ramai anak muda yang sudah mula berniaga.

"Berbekalkan minat yang tinggi ditambah dengan ilmu dan didikan yang diterima, insya-ALLAH kita boleh memulakan apa jenis perniagaan yang ingin dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Malam Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) pada Khamis.

Iklan
Tya Arifin. - Foto Sinar Harian

Beliau yang menerima Anugerah Usahawan Muda 2023 pada malam berkenaan turut meluahkan rasa syukur atas penghargaan yang diberikan oleh Sinar Harian.

Luahnya, penganugerahan itu merupakan satu apresiasi buat dirinya untuk terus memacu perniagaan jus kesihatan Mutyara ke peringkat yang lebih tinggi.

Iklan

"Saya lihat anugerah ini sebagai satu penghargaan atas kerja keras saya dan pasukan dalam tempoh lima tahun ini.

"Namun ini tidak bermakna kita sudah cukup hebat, malah saya rasa lebih bertanggungjawab untuk bantu lebih ramai usahawan terutamanya golongan wanita, di samping membantu masyarakat untuk lebih sihat dengan produk kami," ujarnya.

Beliau turut berkongsi, jamu Mutyara keluaran syarikatnya akan mula dibawa masuk ke pasaran negara jiran, Indonesia dalam masa terdekat ini.

"Sebelum ini produk kita hanya boleh didapati di Malaysia, Singapura dan Brunei. Tahun ini, sedikit masa sahaja lagi kita akan pergi ke Indonesia pula, iaitu negara kelahiran saya," katanya.