Ramos umum persaraan

Iklan
Ramos

SERGIO Ramos telah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa selepas menikmati karier yang cemerlang bersama Sepanyol.

Ramos membuat penampilan sulung untuk La Roja pada 2005 dan mengumpul 180 penampilan untuk pasukan kebangsaannya sekali gus menjadi pemain Sepanyol yang paling banyak beraksi.

Iklan
Iklan

Ramos, yang akan berusia 37 tahun bulan depan, kali terakhir bermain untuk Sepanyol pada Mac 2021 dan bukan sebahagian daripada skuad Luis Enrique untuk Euro 2020 atau Piala Dunia 2022 di Qatar.

Luis Enrique dipecat selepas penyingkiran itu, dengan penggantinya Luis de la Fuente berkata bahawa pintu tidak ditutup untuk Ramos kembali ke pasukan.

Iklan

Tetapi, pemain Paris Saint Germain (PSG) itu yang sedang berdepan dengan masalah kecederaan sejak beberapa musim kebelakangan ini, telah memutuskan untuk bersara.

Ia menamatkan karier antarabangsa yang gemilang buatnya yang turut berada di kedudukan kesembilan dalam carta penjaring gol sepanjang zaman negaranya walaupun beraksi di posisi pertahanan dengan 23 gol.

Iklan