Kanak-kanak 12 tahun rentung rumah terbakar

Iklan
Sebuah rumah terbakar di Kampung Besah, Kuala Ketil, Baling pada pagi Jumaat. - Foto Ihsan Bomba

BALING - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditemukan rentung dalam satu kebakaran rumah di Kampung Besah, Kuala Ketil dekat sini pada pagi Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri (PGO) terima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 7.08 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba Penyelamat Baling keluar ke lokasi kejadian dan sebaik tiba mendapati sebuah rumah jenis kelas B telah terbakar 90 peratus.

"Pasukan telah menggunakan satu aliran 100 kaki dengan dua pancutan air dari jentera bomba.

Iklan



"Kerja- kerja pemadaman sedang dijalankan dan kawasan berkenaan mengalami masalah liputan komunikasi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kerja-kerja memadamkan api dijalankan oleh bomba di lokasi kejadian. - Foto Ihsan bomba

Sementara itu Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat mengesahkan perkara tersebut dan siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian.

Iklan

"Pasukan siasatan masih berada di tempt kejadian. Saya sahkan laporan kebakaran dan terdapat satu kematian dipercayai kanak-kanak.

"Fakta penuh dan kenyataan akhbar akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai," katanya.

Difahamkan mangsa dikenali Nor Batrisha Razali dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.