Nafuzi mahu elak kejutan skuad muda Perak

Iklan
Nafuzi pada sesi latihan KDA FC. - Foto KDA FC

PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain tetap melihat Perak FC sebagai satu ancaman apabila turun menentang skuad muda itu pada aksi pertama Liga Super 2023 di Stadium Perak pada malam Sabtu.

Katanya, Sang Kenari perlu mengelak dikejutkan oleh skuad Datuk Lim Teong Kim yang pastinya mahu mendapatkan keputusan positif dan mata di laman mereka.

Iklan
Iklan

"Memang misi kita untuk tiga mata di Perak walaupun perkara ini sukar tapi kita harus yakin dengan keupayaan dan kemampuan kita. Say hanya harap pemain dapat melakukan yang terbaik.

"Kejutan tak mustahil berlaku dan saya pun pernah mengalami situasi pengalaman sebelum ini (tewas dikejutkan pasukan lawan). Banyak pengajaranlah dan pengalaman saya sebelum ini," katanya semasa ditemui di Stadium Sultan Abdul Halim pada petang Jumaat.

Iklan

Menurut Nafuzi, pemain KDA FC mengalas harapan yang tinggi daripada semua penyokong pasukan itu dan permulaan positif perlu dicatatkan bagi mendapatkan momentum positif.

Sang Kenari giat menjalani latihan sebelum bergerak ke Ipoh pada pagi Sabtu. - Foto KDA FC

"Perak FC kebanyakkannya adalah pemain muda yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Memang kita tahu kita akan mengalami kesukaran di mana kita tidak akan diberikan ruang dengan mudah pada perlawanan ini.

Iklan

"Saya tidak terlalu melihat sangat kepada lawan, yang penting adalah persiapan pasukan KDA FC untuk berjumpa dengan mana-mana pasukan sekalipun," katanya lagi.

Tambah Nafuzi, beberapa pemain The Bos Gaurus juga mempunyai saiz yang tinggi dan KDA FC tidak boleh leka dan memandang mudah ancaman skuad muda ini.

"Pada aksi pertama ini, kita memang mahu mendapatkan mata penuh dan berharap apa yang dipamerkan pada aksi pramusim dapat ditambahbaik dan bermain secara normal seperti dilakukan di Turkiye," ujar beliau.