'United mampu tewaskan semua pasukan'

Iklan
Erik ten Hag. - Foto AFP

ERIK ten Hag percaya Manchester United mampu menewaskan sesiapa sahaja selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Barcelona dalam aksi Liga Europa di Old Trafford pada Jumaat.

United kekal dalam pemburuan empat trofi musim ini selepas memperoleh kemenangan 2-1 dalam perlawanan kedua playoff Liga Europa untuk menyingkirkan pasukan Sepanyol itu dengan agregat 4-3.

Iklan
Iklan

"Anda memerlukan strategi untuk membina perlawanan tetapi anda juga memerlukan keputusan untuk mendapatkan kepercayaan yang kukuh.

"Ini adalah satu lagi langkah kerana apabila anda boleh menewaskan Barcelona iaitu salah satu pasukan terbaik pada masa ini di Eropah, kepercayaan anda boleh menjadi sangat kuat kerana anda mampu menewaskan sesiapa sahaja.

Iklan

"Kami telah melihat minggu ini Real Madrid bermain (menentang Liverpool). Kami melakukan persembahan yang hebat," katanya.

Ia bukan kali pertama musim ini United bangkit daripada ketinggalan dalam perlawanan besar di laman sendiri, setelah menewaskan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City 2-1 bulan lalu.

Iklan

"Kami mempunyai personaliti yang hebat dalam pasukan ini, bermula dengan David (De Gea), Rapha (Varane), Licha (Martinez), Casemiro, Bruno (Fernandes),” katanya.