Pelan jangka panjang tangani isu kurang murid di SJKT

Iklan
Hui Ying (kanan) menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan SJKT Gunung Rapat pada Jumaat.

IPOH - Kementerian Pendidikan akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan negeri di seluruh negara berhubung isu kekurangan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, kaedah jangka panjang perlu dicari bagi menyelesaikan isu itu dalam usaha memastikan SJKT terutama di kawasan luar bandar dapat terus beroperasi.

Iklan
Iklan

"Seperti kita sedia maklum ada beberapa SJKT yang muridnya kurang terutamanya di ladang dan felda.

"Saya akan berbincang dengan JPN dan teliti dahulu satu persatu (masalah berlaku) untuk cari penyelesaian jangka masa pendek dan panjang, kalau tidak sekolah itu tidak dapat diteruskan," katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan SJKT Gunung Rapat di sini pada Jumaat.

Iklan

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, K Saraswathy.

SJKT Gunung Rapat yang sebelum ini terletak di Kampung Baharu Gunung Rapat dipindahkan ke Jalan Sri Ampang di sini berikutan bilangan pelajar yang semakin bertambah.

Iklan

Perpindahan SJKT Gunung Rapat yang dibina pada tahun 1954 itu susulan infrastruktur lama yang usang dan tidak sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Bangunan baharu itu yang dibina sejak 2016 kini mempunyai enam bilik darjah dan lapan kelas selain boleh memuatkan 200 pelajar.

Sementara itu, Hui Ying tidak menafikan terdapat beberapa projek sakit yang membabitkan pemindahan serta pembinaan sekolah baharu di seluruh negara.

Katanya, antara faktor menyumbang kepada masalah berkenaan adalah kos bahan mentah yang tinggi serta kesulitan daripada pihak kontraktor.

"Kita akan pastikan projek yang sudah diluluskan akan diselesaikan sepenuhnya, jadi murid-murid dapat pindah atau dapat sekolah baharu," katanya.