Tanam strawberi, anggur di Gunung Jerai

Iklan
Papan tanda menuju ke Gunung Jerai.

YAN - Cadangan untuk menanam buah anggur mahupun strawberi di puncak Gunung Jerai dilihat sebagai satu langkah untuk memajukan ekonomi setempat.

Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit berkata, ia juga boleh dijadikan sebagai nilai tambah untuk menarik lebih ramai pelancong.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sokongan agensi kerajaan diperlukan bagi tujuan ini kerana ia mampu memberi banyak manfaat kepada rakyat.

"Nilai potensi komersial juga dilihat tinggi dan ia secara tidak langsung boleh menjana pendapatan penduduk tempatan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Iklan
Jalan utama yang perlu dilalui untuk ke puncak Gunung Jerai. (Gambar kecil: Sabri Azit)

Menurut Sabri, prasarana projek dengan dana yang mencukupi sangat penting bagi memastikan ia tidak terhenti di pertengahan jalan.

"Projek ini juga dilihat mampu untuk melatih anak tempatan yang komited dalam bidang pertanian," katanya.

Iklan

Tambah Sabri, dengan adanya ladang anggur mahupun strawberi itu nanti ia mampu menarik lebih ramai pelancong untuk naik ke puncak.

"Ini kerana pada ketika ini pelancong lebih ramai di kaki gunung berbanding di puncak Gunung Jerai.

"Kita yakin, insya-ALLAH jika usaha ini berjaya lebih ramai pengunjung akan terus ke puncak Gunung Jerai," katanya.