AS salur bantuan keselamatan tambahan AS$2 bilion ke Ukraine

Iklan
Sullivan (kiri) dan Ketua Pejabat Presiden Ukraine, Andriy Yermak berjabat tangan di Kyiv. - Foto EPA

WASHINGTON - Amerika Syarikat akan menyalurkan bantuan keselamatan tambahan berjumlah AS$2 bilion kepada Ukraine, kata Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Jake Sullivan pada Khamis.

"Hari ini, Amerika Syarikat mengumumkan bantuan keselamatan sebanyak AS$2 bilion lagi kepada Ukraine bagi tujuan tertentu... memberikan Ukraine peralatan yang diperlukan untuk menang.

Iklan
Iklan

"Dan kami akan terus bekerjasama dengan mereka untuk mengetahui sama ada terdapat aset tambahan yang mereka perlukan," lapor Agensi Anadolu memetik Sullivan sebagai berkata di Dewan Perbandaran CNN.

Kenyataan itu dibuat sehari sebelum ulang tahun pertama krisis di Ukraine. AS juga dijangka mengumumkan sekatan baharu ke atas Rusia berhubung konflik itu.

Iklan

Ditanya mengenai potensi penyediaan F-16 ke Ukraine, Sullivan berkata, jet pejuang itu bukan keupayaan utama untuk keperluan Ukraine.

Sebelum ini, Presiden Joe Biden mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy di Kyiv pada Isnin. - Bernama

Iklan