Kastam rampas barangan elektrik 'lari cukai'

Iklan
Muhammad Hafiz (dua dari kiri) melihat barangan elektrik yang dirampas

SEREMBAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan mematahkan cubaan menyeludup masuk peralatan elektik dan barangan memasak import bernilai RM109,864.80 awal tahun ini.

Pengarah JKDM Negeri Sembilan, Muhammad Hafiz Ishak berkata, kontena membawa barangan tersebut ditahan di Terminal 1 Pelabuhan Utara selepas disyaki membawa dagangan yang memerlukan sijil kelulusan pengimportan (AP).

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan mendapati, sebanyak 800 unit peralatan elektrik dianggarkan bernilai RM108,964.80 yang dibawa masuk tidak mempunyai AP daripada Suruhanjaya Tenaga.

"Sebanyak 72 unit barangan memasak bernilai RM900 pula tidak diikrar dalam borang pengimportan," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, cukai barangan elektrik berkenaan dianggarkan RM34,868.74 manakala cukai barangan memasak ialah RM238.50 dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM144,997.07.

Ujarnya, modus operandi digunakan ialah membawa masuk barang import tanpa AP dan dijual di pasaran.

Iklan

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai membantu pihak kastam memerangi jenayah penyeludupan yang bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

"Orang awam diminta untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam yang terdekat di semua negeri.

"Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan," katanya.