KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat kritikal memerlukan pesawat rondaan maritim (Maritime Patrol Aircraft) berspektrum penuh sejajar dengan perkembangan geostrategik serantau dan kepentingan ekonomi negara, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
"TUDM turut menggariskan keperluan ‘Unmanned Aerial Vehicle’ (UAV) yang akan digandingkan bersama pengoperasian pesawat rondaan maritim bagi pemantauan dan pengawasan kawasan tanggungjawab maritim negara secara lebih efisien dan efektif,” kata Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.