Wanita tidak sedarkan diri, kereta langgar kerbau

Iklan
Keadaan kereta yang terlibat kemalangan dengan seekor kerbau berhampiran pasar borong di jalan Pasir Puteh-Tok Bali pada Khamis.

PASIR PUTEH - Seorang wanita tidak sedarkan diri selepas kereta dinaiki bersama suami dan tiga anaknya dipercayai bertembung dengan seekor kerbau berhampiran pasar borong di jalan Pasir Puteh-Tok Bali di sini pada Khamis.

Kejadian jam 11 malam itu menyebabkan mangsa berusia 27 tahun terpaksa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Iklan
Iklan

Seorang ahli keluarga yang mahu dikenali sebagai Roy berkata, pasangan suami isteri dan tiga anaknya itu dalam perjalanan pulang ke Semerak selepas menghadiri majlis akad nikahnya di Selising.

"Kemalangan tersebut berlaku berhampiran pasar borong, difahamkan semasa melalui kawasan tersebut yang gelap keluarga berkenaan dikejutkan dengan kehadiran seekor kerbau.

Iklan

"Ketiga-tiga anak mangsa juga mengalami luka-luka kecil," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Iklan

Sebelum itu tular di laman sosial Facebook yang memaparkan kejadian tersebut sehingga menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.