KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Kerajaan akan menambah bilangan renjer yang mengawal kawasan hutan kepada 1,500 orang bagi mempertahankan khazanah semula jadi negara dan memastikan masa depan yang lebih hijau untuk semua.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan dilaksanakan dengan mengutamakan khidmat komuniti Orang Asli dan veteran tentera serta polis.
Jelas beliau, sebanyak RM50 juta telah diperuntukan berkaitan perkara tersebut.
"Kerasukan dan kegelojohan menggondol khazanah alam, pembalakan bermaharajalela, antara sebab terjadi bencana besar. Di samping mengejar pertumbuhan ekonomi, penting untuk kita mengadun sebuah mutu kehidupan yang mampan dan seimbang serta menjaga hubungan antara manusia dan alam.
"Ini termasuklah memelihara biodiversiti dan pengurusan hutan yang pada masa sama mengurangkan kebergantungan Kerajaan Negeri kepada hasil balak,” katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Selain itu, menurut beliau, peruntukan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) kepada Kerajaan Negeri akan ditingkatkan kepada RM150 juta setahun berbanding RM70 juta ringgit tahun lalu.
Tambah Ahli Parlimen Tambun itu, agihan EFT kepada negeri-negeri akan mengambil kira pewartaan kawasan perlindungan baharu termasuk habitat harimau dan mempergiat penanaman semula pokok di kawasan terosot.
Pada masa sama, katanya, sejumlah RM38 juta turut disediakan bagi memelihara hidupan liar seperti harimau dan gajah serta habitat hutannya.
..................................
Veteran ATM disediakan pekerjaan, kemudahan latihan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan tekad untuk memastikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disediakan pekerjaan dan kemudahan latihan.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, kerajaan memahami kekhuatiran veteran ATM yang berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan selepas umur persaraan.
Justeru itu, ujar beliau, pentadbiran kerajaan akan melaksanakan Program Kerjaya Kedua Veteran ATM menerusi kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
"Di bawah ikhtiar ini, seramai 5,000 veteran ATM yang berpencen tahun ini akan ditawarkan peluang pekerjaan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau menerima latihan kemahiran untuk meningkatkan peluang menjana pendapatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Dalam pada itu, ulas Anwar, aspek kebajikan angkatan bersenjata negara akan terus dipelihara termasuk menerusi inisiatif lebih RM500 juta disediakan untuk menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera dan membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Bagi membantu pemilikan rumah mampu milik bagi ATM secara berfasa, kerajaan akan membina lebih 7 ribu unit rumah mampu milik di bawah Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Kuala Lumpur.
"Menurut peraturan semasa, anggota yang meninggalkan perkhidmatan atau bersara tidak berpencen perlu membuat penyelesaian penuh baki pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA),” ujarnya.
Selain itu, menurut beliau, mengambil kira keresahan dan beban yang perlu ditanggung, kerajaan bersetuju supaya LPPSA menawarkan peluang untuk anggota meneruskan bayaran balik baki pinjaman seperti biasa sehingga selesai.
"Usaha ini membolehkan 4,000 peminjam LPPSA layak menstruktur semula pembiayaan mereka dan 700 peminjam bakal bersara tidak berpencen setiap setahun dapat meneruskan bayaran balik pinjaman seperti biasa,” jelasnya.