KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion untuk untuk menyiapkan dengan kadar segera pembaikan bagi 400 klinik daif dan 380 sekolah daif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak boleh diterima akal bahawa zaman sekarang rakyat masih terpaksa berdepan isu sekolah dan klinik daif.
Iklan
Iklan
Tambahnya, beliau enggan perkara tersebut terus berlarutan.
"Kalau disebabkan projek lambat siap kerana mematuhi prosedur, apa guna jadi kerajaan kalau tidak memudah cara. Ini perlu segera diselesaikan tahun ini juga.
"Untuk menyegerakan pelaksanaan projek, had sebut harga perolehan kerja pembaikan sekolah dan klinik daif telah pun ditingkatkan kepada 1 juta berbanding 500 ribu ringgit serta perolehan secara cabut undi kepada 200 ribu berbanding 100 ribu ringgit,” katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.