Zionis halang penganut Kristian masuk Tebing Barat

Iklan
Penganut Kristian meraikan sambutan Hari Easter di sebuah gereja di Gaza City.

RAMALLAH - TEBING BARAT. Pihak berkuasa Israel menolak permohonan permit ratusan penduduk Kristian Palestin dari Gaza untuk masuk ke Tebing Barat, semalam.

Mereka merancang melawat tapak suci di Baitulmaqdis dan Baitulaham sempena sambutan Hari Easter.

Iklan
Iklan

Susulan larangan itu, penganut Kristian Palestin sekadar meraikan Hari Easter di Gaza City.

Tindakan Israel itu bukan perkara baru kerana sebelum ini mereka turut mengenakan larangan sama ke atas penduduk Islam.

Iklan

Hanya penduduk lelaki Islam berumur 50 tahun ke atas dan wanita dibenarkan memasuki Masjid al-Aqsa di kota lama Baitulmaqdis.

Mereka hanya dibenarkan memasuki masjid tersebut menerusi sebuah pintu yang dikhaskan untuk mereka. - Agensi

Iklan