KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu bagi memberi lebih manfaat kepada golongan tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebagai penghargaan kepada golongan M40 yang menunjukkan kesabaran mereka meski terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang mencengkam.