Bernas sumbang 30 peratus keuntungan kepada pesawah

Iklan
Bernas

KUALA LUMPUR - Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bersetuju membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi perkongsian itu, ia pastinya dapat meringankan beban kewangan para pesawah.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, selain sumbangan RM60 juta yang disediakan, kerajaan juga akan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan RM1.6 bilion.

"Sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim melibatkan 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Iklan

Jelasnya, rakyat yang meraih pendapatan sebagai pesawah dan pekebun kecil getah antara yang diberi bantuan sewajarnya kerana terpaksa bertarung dengan cuaca tidak menentu, terutama sewaktu musim tengkujuh untuk meraih pendapatan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Iklan

1.2 juta hektar tanah dimanfaatkan untuk tanaman makanan

Hanya 1.2 juta hektar tanah negara dimanfaatkan untuk tujuan tanaman makanan berbanding 7 juta hektar bagi tanaman kelapa sawit dan getah.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Lembaga Penyatuan, Pemulihan Tanah Persekutuan dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan 61 harus menyuburkan tanah milik mereka.

"Agensi berkenaan seharusnya menggunakan tanah yang ada dengan keluasan sehingga 800 ekar (324 hektar) untuk projek tanaman makanan.

"Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berserta syarikat lain juga akan melaksanakan projek peningkatan pertanian bijirin jagung domestik,” katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Selain untuk meningkatkan keterjaminan makanan, malah memberi peluang kerjaya kepada veteran tentera.

"LTAT menyediakan 70 ekar (28 hektar) tanah perladangan untuk melaksanakan projek ini.

"Kerajaan juga akan menyediakan RM30 juta untuk bekerjasama dengan beberapa kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek agromakanan,” jelasnya.