Kerajaan naikkan elaun guru KAFA RM100

Iklan
Kerajaan menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM100. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan menaikkan elaun uru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM100.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui peruntukan tambahan lebih RM40 juta itu, elaun bulanan membabitkan 35,000 guru KAFA naik kepada RM1,100.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan juga memberikan sumbangan khas sebanyak RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir.

Menurut beliau, bagi keseluruhan berkaitan hal ehwal Islam, sejumlah RM1.5 bilion telah diperuntukan dalam belanjawan tahun ini.

Iklan

"Kita mahu institusi Islam dalam negara Madani ini menjadi contoh terbaik dalam kecekapan pentadbiran.

"Pengurusan paling cekap harus dimulakan di sini, dan gedung ini mesti menjadi markas dakwah yang berkesan yang boleh meningkatkan kefahaman sebenar mengenai Islam,” katanya.

Iklan