KUALA LUMPUR - Bertepatan dengan tema Belanjawan 2023 iaitu ‘Membangun Malaysia Madani’, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memetik beberapa surah al-Quran dalam ucapannya di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.
Antara surah-surah yang disebut Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun ketika membentangkan belanjawan itu adalah Surah Yusof, Surah Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Ar-Rum, Surah at -Taubah dan Surah An-Nisa’.