Belanjawan 2023: Pembangkang kecewa dengan kerajaan

Iklan
Shahidan

KUALA LUMPUR - Pembangkang menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi peruntukan secara adil kepada mereka sebagai satu usaha membalas dendam.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, tindakan itu juga jelas menafikan hak mereka sebagai wakil rakyat yang dipilih secara demokrasi.

Iklan
Iklan

Tegasnya, meskipun kecewa dengan keputusan kerajaan itu, namun mereka akan terus menjadi semak dan imbang kepada kerajaan dalam memastikan kesaksamaan dalam pentadbiran negara.

Malah katanya, pembentangan Belanjawan 2023 juga turut memberi tekanan kepada pembangkang.

Iklan

"Dalam keadaan ini, kami tertekan kerana tidak ada peruntukan. Peruntukan ini bukan kami minta duit siapa-siapa, kami minta duit rakyat ahli Parlimen tidak seharusnya dibeza-bezakan.

"Kerajaan sekarang ini adalah kerajaan Madani, madani istilahnya keadilan, namun nampaknya kami tak dapat keadilan.

Iklan

"Kami pihak pembangkang kecewa. Kata rakyat tidak akan dibezakan, tapi ahli Parlimen pula yang dibezakan. Pendekatan untuk membalas dendam ini tidak wajar dibuat," katanya ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan 2023 di Parlimen di sini, pada Jumaat.

Belanjawan 2023 menyaksikan nilai keseluruhan sebanyak RM388.1 bilion, sekali gus terbesar dalam sejarah negara.

Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding belanjawan yang diumumkan ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub pada Oktober tahun lalu iaitu sebanyak RM372.3 bilion.

Sementara belanjawan bagi tahun 2022 ialah sebanyak RM332 bilion dan bagi tahun 2021 berjumlah RM322 bilion.