Kerajaan negeri perlu guna peruntukan secara optima

Iklan
Mustapha

SHAH ALAM - Kerajaan negeri menerusi jabatan dan agensi berkaitan perlu memastikan peruntukan yang diberikan melalui Belanjawan 2023 dapat digunakan secara optima dan mempercepatkan perlaksanaan projek.

Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud berkata, kelewatan perlaksanaan projek akan menyebabkan kesesakan jalan dan banjir kilat di kawasan Sepanggar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Belanjawan 2023 yang diperuntukkan sebanyak RM6.5 billion kepada Sabah lebih tinggi berbanding RM5.16 billion pada 2022.

"Selain itu, diharapkan peruntukan lebih RM2.5 billion untuk prasarana awam dapat mengatasi masalah bekalan air dan elektrik, pembaikan infrastruktur sekolah daif serta kemudahan klinik yang menjadi isu kritikal di kawasan Parlimen Sepanggar khasnya dan Sabah amnya,"katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Mustapha yang juga Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia turut memuji Bajet Malaysia Madani yang berteraskan ekonomi rakyat.

Iklan

"Semoga insentif-insentif yang disediakan akan membantu membasmi kemiskinan tegar terutama di Sabah dan Sarawak," jelasnya.