Zambry tawar diri tanding Naib Presiden UMNO

Iklan
Zambry - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti itu bagi penggal 2023-2026.

Beliau yang juga Menteri Luar memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di Facebook beliau malam ini.

Iklan
Iklan

"Saya dengan rasa rendah diri menawarkan diri untuk calon Naib Presiden UMNO bagi pemilihan UMNO penggal 2023-2026.

"Saya mohon sokongan dan dokongan sahabat-sahabat semua,” katanya.

Iklan

Pemilihan UMNO diadakan bermula 1 Februari lepas hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan pada 1 hingga 26 Februari.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat pula bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.

Iklan

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. - Bernama