KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk lawatan khas selama tujuh hari.
Menurut hantaran di Facebook Istana Negara, pesawat khas membawa Seri Paduka dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada jam 3.15 petang waktu tempatan (7.15 malam waktu Malaysia), semalam.