Guardiola pertahan prestasi Haaland

Iklan
Haaland (tiga dari kanan) sudah meledak 32 gol. Foto AFP.

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan bola sepak sebagai permainan berpasukan dan sebarang keputusan sama ada menang atau kalah ia menjadi tanggungjawab seluruh pasukan.

Justeru jurulatih itu menegaskan, Erling Haaland tidak boleh dipersalahkan kerana kurang terbabit dalam serangan City memandangkan peranan penyerang berbeza berbanding posisi lain.

Iklan
Iklan

"Penyerang ialah posisi paling sukar di dunia kerana ada dua pemain fokus kepada mereka. Erling (Haaland) ada lebih daripada itu.

"Bukan mudah untuk melakukannya." ujar Guardiola.

Iklan

Haaland sudah meledak 32 gol, namun kelibat pemain Norway itu sering mengundang kritikan kerana serangan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kurang lancar jika dia ada bersama pasukan.

Pemain berusia 22 tahun itu gagal menemui sentuhan ketika mereka mencatatkan keputusan seri menentang Nottingham Forest dan Leipzig sepanjang minggu lalu.

Iklan

Guardiola menafikan kritikan bahawa jumlah sentuhan Haaland yang rendah setiap perlawanan memberi kesan kepada sumbangan keseluruhannya.

"Ini salah kami, bukan Haaland. Dia sangat mengagumkan sepanjang musim," kata Guardiola.

Beliau juga mengakui The Citizens perlu menambah baik untuk membantu pembentukan Haaland di City.

"Saya mahu melihat Haaland atau penyerang lain seperti Sergio (Aguero) atau Gabriel (Jesus) memainkan peranan selaku penyerang sebenar.

"Berapa kali mereka menyentuh bola. Ia bukan mengenai menyentuh bola. Proses kami lebih daripada itu," katanya.