Gempa bumi Turkiye: Angka korban cecah 44,218 orang

Iklan
Kesan kerosakan akibat gempa bumi di Adiyaman, Turkiye. - Foto Xinhua

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 44,218 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Feb lalu, menurut agensi pengurusan bencana negara itu pada Jumaat.

Hampir 335,400 khemah telah dibina di zon gempa, lapor Agensi Anadolu memetik Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Iklan
Iklan

Lebih 11,400 anggota misi mencari dan menyelamat (SAR) tempatan dan antarabangsa masih menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian.

Empat pusat khidmat sosial bergerak diwujudkan di Kahramanmaras, Hatay, Osmaniye dan Malatya untuk menyediakan perkhidmatan sokongan psikologi.

Iklan

Kira-kira 912,000 orang telah menerima sokongan psikososial dengan 615,000 di zon gempa bumi dan 297,000 di luar zon gempa.

Menurut AFAD, gempa yang berpusat di wilayah Kahramanmaras itu turut disusuli dengan 9,136 gegaran susulan.

Iklan

Gegaran berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter melanda 10 wilayah lain - Hatay, Gaziantep, Adiyaman, Malatya, Adana, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye, Sanliurfa, dan Elazig yang menjejaskan kira-kira 13.5 juta penduduk.

Beberapa negara di rantau berkenaan termasuk Syria dan Lubnan turut merasakan gegaran itu. - Bernama