PELUMBA China, Zhou Guanyu menampilkan pemanduan mengagumkan apabila berjaya menewaskan juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen pada hari kedua ujian pramusim di litar Sakhir, Bahrain.
Pelumba muda berusia 23 tahun itu mengakui berasa gembira melihat namanya berada di atas.
"Menyedari ini adalah ujian. Sudah tentu semua orang mencuba tetapan yang berbeza.
"Namun saya tetap berasa gembira melihat nama saya dan pasukan dalam helaian masa terpantas," katanya.
Guanyu mencatatkan masa terbaik 1 minit 31.610 saat selepas 132 pusingan bersama Alfa Romeo.
Trek itu kan menjadi perlumbaan pembukaan kejuaraan musim 2023 pada 5 Mac ini.
"Jentera ini berfungsi dengan baik untuk kedua-dua waktu, siang dan mala. Saya berasa lebih yakin pada sesi ujian ini," ujar Guanyu.
Dia berada di tempat ke-18 pada edisi 2022, musim pertamanya dalam F1 setelah mengumpul enam mata secara keseluruhan.