Zakaria beri laluan Onn Hafiz tanding ketua UMNO bahagian

Iklan
Zakaria, Onn Hafiz

KLUANG - Jawatan Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam tidak akan dipertahan Datuk Zakaria Dullah dalam pemilihan parti kali ini.

Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Zakaria sebaliknya akan menawarkan diri sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan Timbalan Ketua Bahagian kawasan itu.

Iklan
Iklan

Menteri Besar Johor itu berkata, ini merupakan langkah dipersetujui mereka bersama, demi perpaduan dan keharmonian UMNO bahagian.

"Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Datuk Zakaria Dullah atas semangat perjuangan dan keikhlasan beliau,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Machap itu dalam hantaran di Facebook rasminya.

Iklan

Onn Hafiz, 44, menawarkan diri bertanding jawatan disandang Zakaria sejak 2018 itu dan telah menyatakan tidak akan bertanding jawatan di peringkat pusat untuk terus memberi fokus khidmat bakti kepada negeri Johor. - Bernama

Iklan