Howe yakin Newcastle bawa pulang trofi

Iklan
Howe. Foto EPA

KELAB Newcastle dalam 'mood' gembira menjelang misi menamatkan kemarau 54 tahun tanpa trofi pada final Piala Liga menentang Manchester United awal pagi Isnin.

Pengurusnya, Eddie Howe optimis pasukannya tidak rasa 'terbeban dengan sejarah' ketika mereka menyasarkan untuk memenangi trofi selepas kali terakhir memenangi Piala Fairs pada 1969.

Iklan
Iklan

Piala Fairs (kemudiannya dikenali sebagai Piala Uefa).

Howe berharap dapat membawa pulang trofi paling dinantikan itu kepada ahli majlis di St James' Park selepas perlawanan akhir berdepan United di Stadium Wembley.

Iklan

"Saya tidak rasa pemain terbeban dengan sejarah. Sebaliknya mereka merasakannya sebagai satu motivasi," kata Howe.

Beliau menjelaskan para pemain sedar mengenai misi mereka untuk memenangi perlawanan itu.

Iklan

"Kami membuatkan mereka sedar sebelum bermula kejohanan ini bahawa memang terlalu lama menantikan trofi.

"Saya rasa mereka semua faham. Ia perkara yang hebat sebagai alat motivasi," ujar Howe.

Newcastle sebelum ini pernah dibimbing nama-nama besar - Sir Bobby Robson, Kevin Keegan dan Rafael Benitez.

Bagaimanapun Howe menegaskan bahawa sebarang kejayaan ke atas United tidak sepatutnya hanya dikaitkan dengan namanya.

"Ia amat bermakna buat saya tetapi ia lebih kerana sokongan peminat, kepada sesiapa yang ada kaitan dengan Newcastle, jika kami berjaya melakukannya," katanya.

Howe menyedari para peminat menanti terlalu lama untuk meraikan kejayaan memenangi trofi.

"Mereka menanti terlalu lama. Saya tahu cerita ini daripada orang sekitar bandar ini.

"Rasa sayang mereka kepada kelab bola sepak. Saya mahu membalas rasa sayang ini dengan trofi. Sejak datang ke Newcastle, dari hari pertama saya rasa bagus," katanya.

Kejayaan selaku pengurus Bournemouth akhirnya membawanya ke Newcastle pada November 2021.

"Sebenarnya adalah mengejutkan bahawa kelab ini tidak menang trofi buat sekian lama berdasarkan saiznya yang besar," katanya.