Lelaki maut, Kancil terbabas dalam parit

Iklan
Seorang lelaki berusia 38 tahun maut akibat tersepit dalam sebuah kereta yang dipandunya selepas terbabas ke dalam parit

MANJUNG - Seorang lelaki berusia 38 tahun maut akibat tersepit dalam sebuah kereta yang dipandunya selepas terbabas ke dalam parit di Jalan Utama Dato Seri Kamarudin, dekat sini, pada Sabtu.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Adde Noor Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.05 pagi.

Iklan
Iklan

Katanya sejurus selepas itu sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati nahas melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil yang terbabas masuk ke dalam parit sedalam 7 meter.

Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta yang terbabas ke dalam parit. -Astro AWANI

Iklan

"Pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk membawa keluar mangsa yang tersepit.

"Mangsa kemudian disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital.

Iklan

"Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Operasi tamat pada jam 10.12 pagi. - Awani