Cadang selaraskan pangkalan data miskin tegar

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

SHAH ALAM - Bagi menoktahkan kemiskinan tegar seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023, kerajaan dicadangkan melaksanakan penyelarasan pangkalan data agar inisiatif tersebut dapat disalurkan kepada penerima manfaat.

Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Abidin Sakom turut mencadangkan agar satu pangkalan data berpusat turut diwujudkan dan boleh diakses oleh kerajaan pusat, kerajaan negeri, agensi, agensi bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkaitan.

"Ini dapat mengelakkan isu duplikasi bantuan diterima, dan data boleh disemak imbang integritinya oleh semua pemegang taruh.

Iklan
Iklan

"Saya selaku Pengerusi YBK berasa gembira dengan inisiatif-inisiatif yang telah dibentang, khususnya untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, walaupun Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) menjangkakan kemiskinan tegar mampu dihapuskan menjelang akhir 2025, beliau percaya dengan inisiatif yang dibentangkan, ia boleh dihapuskan dengan cepat dan lebih awal.

Iklan

"Penetapan kumpulan miskin tegar untuk menerima sumbangan sehingga RM3,100 daripada kerajaan sebagaimana yang disebut dalam Belanjawan 2023 tidak seharusnya dilihat dari sudut negatif.

"Saya melihat had ini adalah bagi memberi ruang kepada lebih ramai isi rumah miskin tegar menerima manfaat, dan memberi peluang kepada pihak swasta dan NGO untuk sama-sama membantu,”ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau turut mencadangkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mewujudkan kerjasama strategik dan membantu badan bukan kerajaan melalui pendanaan program-program pembangunan komuniti dan pembasmian kemiskinan.

Inisiatif-inisiatif lain seperti Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi mengupayakan golongan miskin, sumbangan tambahan kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih dan Skim Perubatan Madani sangat dialu-alukan.

"Saya juga menyokong inisiatif subsidi penggajian kepada majikan yang mengambil miskin tegar bekerja kerana ini akan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada golongan ini bagi memperoleh pendapatan.

"Sumbangan bakul makanan dan baucar barangan makanan asas bernilai RM600 kepada isi rumah adalah sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh YBK dalam program Sinar Kasih Ramadhan sejak tahun 2008,” katanya.