Tiga deretan kedai musnah terbakar

Iklan
Bengkel kimpalan, motosikal dan perabot yang musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Songsang dekat Kampung Megat Segama pada Sabtu. - Foto ihsan JBPM

TEMERLOH - Tiga deretan kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Songsang dekat Kampung Megat Segama di sini pada Sabtu.

Kejadian melibatkan sebuah kedai perabot, bengkel kimpalan dan bengkel motosikal.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba Syed Mohsen T Ismail memberitahu, pihak bomba menerima panggilan pada jam 11.44 pagi mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, seramai lima anggota dan seorang pegawai dari BBP Temerloh bersama sebuah jentera dibantu BBP Bukit Angin dan Mentakab terdiri 15 anggota dan tiga jentera bergegas ke tempat kejadian.

Iklan

"Sebaik tiba di tempat kejadian mendapati api telah marak melibatkan tiga buah kedai jenis separuh kekal berukuran 80 kaki x 50 kaki persegi.

"Kemusnahan melibatkan 100 peratus dan tidak membabitkan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Ujar beliau, pasukan bomba membuat operasi pemadaman dan api berjaya dikawal pada jam 12.25 tengah hari.

Tambah beliau, jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan